fbpx

Bayern lebih kuat daripada PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEUER menggalas tanggungjawab besar memastikan gawang Bayern tidak dibolosi menentang PSG pada aksi final Liga Juara-Juara awal pagi Isnin ini. – AFP

LISBON – Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer percaya kualiti pasukannya musim ini lebih baik berbanding ketika menjuarai gelaran trebel terma­suk Liga Juara-Juara pada 2013.

Bayern kini memburu gelaran trebel kedua sejak 2013 apabila berjaya mara ke final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Da Luz awal pagi Isnin ini selepas terlebih dahulu menjuarai Bundesliga dan Piala Jerman bulan lalu.

Kata Neuer, skuad bimbingan Hans-Dieter Flick itu lebih dominan pada setiap posisi dan kualiti yang seimbang daripada skuad utama hingga pemain simpanan.

“Saya percaya skuad kami ketika ini lebih bagus berbanding musim 2013 kerana barisan pemain saling melengkapi di setiap posisi. Kualiti yang ada pada pemain utama dan simpanan juga seimbang,” katanya.

Sebagai rekod, selain Neuer, tiga lagi pemain sewaktu musim 2013 masih lagi kekal bersama Bayern sehingga kini seperti Jerome Boateng, David Alaba dan Thomas Muller.

Mengulas lanjut, Neuer percaya salah satu faktor mereka berjaya tampil cemerlang musim ini kerana pelantikan Flick sebagai ketua jurulatih menggantikan Niko Kovac yang dipecat tahun lalu.

“Flick seorang yang sangat tenang tetapi bijak dalam percaturan strategi. Beliau akan memastikan pasukan sentiasa mendahului daripada segi taktikal tidak kira anda bertemu mana-mana pasukan sekali pun,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI