fbpx

Zarco bersalah, bakal terima hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA jentera Ducati, Zarco dari Reale Avintia dijatuhkan hukuman kerana menunggang secara berbahaya pada GP Austria minggu lalu. - AFP

LONDON – Pelumba Reale Avintia Racing, Johann Zarco dijatuhkan hukuman penalti selepas didapati bersalah kerana menunggang secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan pada Grand Prix (GP) Austria minggu lalu.

Disebabkan itu, Zarco, 30, perlu memulakan perlumbaan di hentian pit selepas terlibat dalam kemalangan ngeri dengan Franco Morbidelli dari pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team di selekoh ketiga pusingan kesembilan di Litar Red Bull Ring, Spielberg pada Ahad lalu. 

Kemalangan ngeri itu juga menyaksikan jentera Ducati dikendali Zarco serta jentera Yamaha milik Morbidelli terpelanting dan hampir merempuh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Hasil penilaian dan perbincangan bersama steward Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM), pelumba Perancis itu didapati bersalah dan bakal menjalani hukuman tersebut apabila memulakan perlumbaan nanti.

“Kemalangan GP Austria melibatkan Zarco dan Morbidelli telah menyebabkan Red Flag. Kedua-dua pelumba hadir memberi kenyataan kepada panel steward FIM MotoGP (Kejuaraan Motosikal Dunia) dalam perbicaraan yang telah diadakan pada 20 Ogos.

“Setelah penilaian dibuat, terdapat bukti bahawa Zarco menunggang dengan cara tidak bertanggungjawab. Hasil keputusan itu, Zarco dikenakan penalti memulakan perlumbaan di hentian pit,” kata steward dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Zarco dikatakan belum pasti turun berlumba dalam perlumbaan GP Styria, Ahad ini kerana perlu berehat selepas menjalani pembedahan pergelangan tangan kanan pada Rabu lalu.

Sekiranya Zarco tidak beraksi dalam GP Styria minggu ini, hukuman penalti itu akan dibawa ke perlumbaan seterusnya pada GP San Marino bulan depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI