fbpx

Enam remaja samseng jalanan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam remaja diberkas dalam Op Samseng yang di Taman Scientex, Pasir Gudang petang semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PASIR GUDANG – Remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun antara enam samseng jalanan yang ditahan polis menerusi operasi yang dijalankan di sekitar Taman Scientex, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, Op Samseng itu dijalankan pihaknya pada pukul 5 petang.

Menurut beliau, pihaknya turut menyita lima buah motosikal dan mengeluarkan sebanyak enam saman melibatkan 17 kesalahan.

“Operasi Samseng Jalanan itu dilakukan kerana lokasi berkenaan dikenalpasti sebagai ‘hot spot’ golongan remaja melakukan aksi berbahaya.

“Antara aksi berkenaan termasuk melakukan ‘wheelie’, memandu secara zig zag serta pelbagai aksi lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, hasil saringan air kencing yang dilakukan mendapati kesemua mereka negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Kumarasan turut memaklumkan pihaknya telah menjalankan 10 Op Samseng Jalanan, 27 Op Mabuk dan 14 Op Perdagangan sejak 1 Ogos hingga 20 Ogos lalu.

“Op Samseng Jalanan menyaksikan 20 tangkapan dibuat, Op Mabuk pula menyaksikan 36 tangkapan dibuat manakala 11 kertas siasatan dibuka menerusi Op Perdagangan,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI