fbpx

Ajax mahu beli semula Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ antara nama pemain-pemain Barcelona yang akan dijual dalam jendela perpindahan sekarang susulan prestasi mengecewakan pasukan itu gagal memenangi sebarang trofi musim ini. – AFP

AMSTERDAM – Jaguh Belanda, Ajax dilaporkan mahu menjadikan penyerang sensasi Barcelona, Luis Suarez sebagai sasaran utama mereka dalam jendela perpindahan pemain ketika ini.

Pengarah Teknikal Ajax, Marc Overmars mahu menyelamatkan masa depan Suarez kerana bekas penyerang kelab itu dikatakan antara salah seorang pemain yang akan dijual oleh Barcelona selepas ini.

Ia susulan prestasi mengecewakan Barcelona tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas diaibkan Ba­yern Munich 2-8 pada aksi suku akhir baru-baru ini.

Nama Suarez berkemungkinan besar akan dijual Barcelona walaupun dia adalah penjaring ketiga terbanyak pasukan itu memandangkan kontraknya cuma berbaki setahun lagi bersama The Catalan.

Dalam masa sama, krisis kecederaan yang sering dialami penyerang antarabangsa Uruguay itu adalah salah satu faktor Barcelona tidak lagi berminat untuk menggunakan khidmatnya ­selepas ini.

Justeru, Ajax merasakan Sua­rez mampu menempa namanya semula di Belanda seperti dilakukannya dengan menjaringkan 111 gol daripada 159 penampilan sepanjang tiga tahun menyarung jersi kelab gergasi Belanda tersebut dari 2011 hingga 2014.

Selain Ajax, beberapa pasukan lain turut menyatakan keinginan untuk menandatangani khidmat Suarez seperti wakil Qatar, Al-Arabi dan kelab kepunyaan David Beckham di Amerika Syarikat iaitu Inter Miami. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.