fbpx

Penganggur rebus daun ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian air ketum yang dirampas di sebuah rumah di Junjung, Kulim semalam.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang penganggur yang sedang leka merebus daun ketum terkejut apabila rumahnya diserbu sepasukan polis di Junjung di sini semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di belakang rumahnya kira-kira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, berdasarkan maklumat, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah bertindak memeriksa kawasan belakang rumah suspek.

“Kita menemui seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan khayal dan hasil pemeriksaan menemui keratan straw dipercayai mengandungi dadah jenis syabu di dalam poket seluarnya.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu tong berwarna oren mengandungi 50 bungkusan plastik lut sinar berisi air rebusan daun ketum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI