fbpx

Penemuan kesan tatu pada mumia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN tatu pada mumia kuno Mesir ditemukan menerusi lampu inframerah.

PERKEMBANGAN dalam bidang teknologi pada zaman serba moden ini telah berjaya menemukan kesan tatu yang tersembunyi pada tubuh mumia Mesir kuno.

Ahli arkeologi, Anne Austin menemukan kesan dakwat pada mumia-mumia wanita itu dengan menggunakan lampu inframerah.

“Agak ajaib apabila mengkaji tentang kubur kuno dan tiba-tiba dapat melihat tatu yang ada pada mumia,” kata Anne yang juga bekerja di Universiti Missouri, Amerika Syarikat.

Pada tahun 2016, pasukan Anne telah mula memeriksa mumia-mumia yang berusia sekurang-kurangnya 3,000 tahun itu dari Deir el-Medina, sebuah kota Mesir kuno.

Tujuh mumia wanita itu didapati mempunyai kesan tatu pada tubuh badan. Sebanyak 30 kesan tatu ditemui pada pelbagai bahagian tubuh antaranya leher.

Salah satu bentuk tatu ialah mata manusia yang merupakan simbolik untuk perlindungan bagi masyarakat Mesir kuno.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI