fbpx

KPD perlu lapor ada premis jual hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid (dua dari kanan) ketika sidang akhbar Ops Khazanah di Dengkil hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

DENGKIL – Ketua Polis Negara mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk melaporkan kepada beliau berhubung kewujudan restoran dan premis yang menawarkan perniagaan hidupan liar tanpa lesen di kawasan masing-masing.

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tempoh masa pelaporan tersebut adalah selama sebulan iaitu sebelum 18 September ini dalam usaha membanteras kegiatan haram itu di negara ini.

“Ini adalah arahan terbaharu dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Memang ada restoran mempunyai lesen dan kita mahu laporan disampaikan untuk tindakan operasi bersama Perhilitan terhadap premis menjalankan aktiviti haram,” katanya pada sidang akhbar Operasi Bersepadu Khazanah di sini hari ini.

Beliau menegaskan, sekiranya gagal melaporkan kepada beliau mengenai kewujudan aktiviti perniagaan sedangkan penduduk tempatan mengetahuinya, tindakan diambil terhadap Ketua Polis Daerah yang terbabit.

“Jika mereka gagal memahami geografi kawasan daerah sedangkan orang ramai mengetahuinya, macam mana 400 dan 500 pegawai dan anggota polis gagal memberikan maklumat.

“Justeru, Ketua Polis Daerah adalah dipertanggungjawabkan dalam hal ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI