fbpx

Jenazah kanak-kanak hidup semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Siti Masfufah dikatakan hidup semula ketika dimandikan. – riauonline.co.id

JAKARTA – Penduduk di sebuah perkampungan di Probo­l­inggo, Jawa Timur, Indonesia gempar selepas seorang kanak-kanak pe­rempuan yang disahkan me­ninggal dunia selama beberapa jam tiba-tiba hidup semula semasa jenazahnya hendak dimandikan, lapor laman berita suara.com semalam.

Kanak-kanak tersebut, Siti Mas­fufah Wardah yang ber­usia 12 tahun bagaimanapun di­laporkan meninggal dunia sekali lagi selepas sejam hidup semula.

Menurut laporan Batamnews.co.id, Siti Masfufah dila­porkan meninggal dunia ekoran masalah diabetes dan kompli­kasi organ yang dihidapinya.

“Ketika hendak dimandikan, tiba-tiba jantung arwah berdegup semula sehingga membuatkan orang ramai termasuk ahli ke­­luarganya terkejut,” kata seorang penduduk kampung.

Bagaimanapun, selepas sejam diberikan bantuan pernafasan dan oksigen oleh anggota per­ubatan yang dipanggil ke lokasi, kanak-kanak perempuan itu se­kali lagi disahkan telah meninggal dunia.

Menurut petugas perubatan, kejadian ‘jenazah hidup semula’ bukanlah hal yang jarang berlaku dan ia boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.

Salah satunya adalah disebabkan oleh sindrom Lazarus atau return of spontaneous circulation (ROSC) yang berlaku pada pesakit yang meninggal akibat serangan jantung.

Laporan ahli perubatan menyebut, 82 peratus kejadian ROSC berlaku selepas 10 minit seseorang itu disahkan meninggal dunia selepas diberikan bantuan pernafasan.

“Terdapat beberapa faktor seperti tekanan yang terkumpul di dada ketika bantuan pernafa­san dibuat.

“Faktor lain ialah hiper­kale­mia iaitu kadar kalium yang tinggi dalam darah,” ujar seorang pakar perubatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI