fbpx
Abdul Kadir

Hukuman lebih berat bakal dikenakan pemburu haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

DENGKIL – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dijangka akan membawa usul pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada sesi parlimen akan datang, bagi meningkatkan hukuman bagi pemburu haram.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, cadangan pindaan itu akan meletakkan hukuman lebih berat dengan hukuman denda maksimum RM1 juta dan penjara selama 15 tahun.

“Ketika ini akta sedia ada memperuntukkan hukuman denda RM500, 000 dan penjara lima tahun.

“Kertas cadangan usul pindaan akta tersebut telahpun siap dan kita sedang menunggu untuk dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

“Pindaan akta itu adalah supaya pemburu haram dapat didakwa sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya pada sidang akhbar Operasi Bersepadu Khazanah di sini hari ini. K! – ONLINE

POPULAR