fbpx

Achey Bocey buka restoran sate di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Achey membuka restoran makanan berasaskan sate di Segamat Baru, Segamat Ahad lalu.

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Selebriti terkenal, Achey Bocey melebarkan sayap perniagaannya apabila berkolaborasi membuka premis berasaskan sate bersama Satay Makyut Tenang di Segamat Baru di sini Ahad lalu.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd. Nasir Hamzah, 34, berkata, idea untuk membuka Restoran Satay Makyut Tenang di Segamat ini sudah mula difikirkan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, baru sebulan dia serta ahli keluarga mentua membuat persediaan rapi sebelum hasrat membuka kedai makan menjadi realiti.

“Semua resipi ini adalah hasil air tangan ibu mentua saya, Juriah Rahmat, 60, dan dia sudah berniaga sate sejak 32 tahun lalu lagi bersama arwah bapa mentua, Yahya Abu Amin, 66.

“Sejak akhir-akhir ini ibu mentua kurang sihat dan mula menyatakan hasrat untuk berhenti meniaga kerana terlalu letih menerima permintaan tinggi tempahan sate serta nasi lemak,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Menurut Achey, selepas berbincang dengan ipar, Shahzatul Hafiz Mansor, 39, dan isterinya, Azlina Yahya, 34, serta ahli keluarga, mereka bersetuju untuk meneruskan legasi perniagaan Satay Makyut Tenang.

Jelasnya, nama Satay Makyut Tenang diambil sempena nama ibu mentuanya, Juriah yang dikenali sebagai Makyut.

“Sebenarnya mak mentua saya memulakan perniagaan ini di kampungnya di Tenang, Labis, Segamat dengan menaiki motosikal pada tahun 1988 lagi.

“Masa itu berniaga pakai motosikal saja, jual 100 batang sate sehari dari rumah ke rumah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI