fbpx

Sama-Sama Digital peruntuk RM6.4 juta bantu PKS bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sama-Sama Digital memperuntukkan dana sebanyak RM6.4 juta bagi membantu meningkatkan adaptasi digitalisasi dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera.
Inisiatif oleh penyedia penyelesaian digital terkemuka, Exabytes Network Sdn. Bhd. (Exabytes) dan Ekuinas Nasional Bhd. (Ekuinas) itu bakal memberi manfaat kepada 2,200 usahawan dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes, Chan Kee Siak berkata, dianggarkan hanya 20 peratus daripada PKS bumiputera yang terlibat dalam ekonomi digital dan banyak yang bergelut dengan cabaran baharu dalam era pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Penting buat mereka menaik taraf sistem dan strategi mereka ke arah pendigitalan.
“ Inisiatif Sama-Sama Digital ini memiliki program dua peringkat iaitu penyelesaian e-dagang semua dalam satu untuk PKS yang mana ia langsung tidak memiliki sebarang kehadiran digital.
“Ia terbuka kepada 2,000 PKS dan masing-masing akan menerima subsidi bernilai RM2,200 untuk mengikuti program ini yang meliputi penyediaan kedai e-dagang, gerbang pembayaran, penghantaran, domain, e-mel serta reka bentuk dan pemasangan asas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran inisiatif Sama-Sama Digital yang diadakan secara online di sini semalam.
Turut serta Pengarah Pendigitalan Perniagaan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Muhundhan Kamarapullai dan Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan.
Menurut Kee Siak, program kedua pula ialah penyelesaian digital semua dalam satu bagi PKS yang sudah memiliki sedikit pengalaman dalam pendigitalan, sebanyak 200 slot ditawarkan melibatkan subsidi bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap PKS.
“Peserta program ini boleh memilih pakej penyelesaian seperti iklan Google dan Facebook, Microsoft Office 365, pengoptimuman enjin carian (SEO), Alibaba, pemasaran e-mel dan pemasaran mesej pesanan ringkas,” katanya.
Inisiatif Sama-Sama Digital turut disokong oleh MDEC, MYNIC dan Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama sembilan rakan kongsi capaian termasuk Teraju, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, SME Corp Malaysia dan Perbadanan Nasional Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI