fbpx

SIC MiniGP lakar kejayaan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN Shafriman (berdiri depan, dua dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada Kejohanan SIC MiniGP pusingan pertama di Litar SIKC, Sepang kelmarin.

Kejohanan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) MiniGP pusingan pertama yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) kelmarin dianggap berjaya bagi misi mencungkil bakat cilik dalam sukan permotoran.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif menyuarakan kegembiraannya atas penganjuran kejohanan tersebut yang memberi fokus kepada pembangunan akar umbi.

Katanya, lebih ramai bakat cilik bakal dicungkil daripada kejohanan itu, lebih-lebih lagi dibimbing bekas pelumba Moto2 negara, Zulfahmi Khairuddin.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kita dapat melihat bakat-bakat pelumba cilik ini menerusi SIC MiniGP pusingan pertama dan berharap lebih ramai bakat dilahirkan.

“Kami bersyukur kerana Zulfahmi ada di sini bagi membimbing serta berkongsi pengalaman beliau dengan bakat-bakat cilik ini. Kami bersama ZK Racing akan terus memantau perkembangan mereka pada pusingan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada masa sama, beliau berharap mana-mana badan korporat yang berminat untuk memberi sokongan terhadap program berkenaan agar menghubungi pihaknya selepas ini.

“Bagi badan-badan korporat yang berhasrat menyokong program akar umbi ini, saya alu-alukan mereka untuk hubungi kami bagi bersama-sama menjayakannya,” ujarnya.

Sementara itu, Qabil Irfan Azlan, 8, dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori 110cc manakala Hakim Danish Ramli, 13, muncul juara bagi kelas 160cc.

Pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 6 September depan, manakala tiga pusingan lagi akan dilangsungkan pada 25 Oktober, 15 November serta 6 Disember di venue sama. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI