fbpx

Wan Fayhsal ketua baharu Armada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diangkat menjadi Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) selepas menewaskan lawan tunggalnya, Muzammil Ismail dalam pemilihan parti semalam.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar.

Wan Fayhsal menerusi hantaran ringkas di laman Facebook merakamkan penghargaan kepada ahli Armada.

“Kita akan terus menggembleng tenaga bagi membina Malaysia yang lebih baik, insya Allah.

“Semoga semua kita terus ikhlas dan istiqamah bagi menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” menurut kenyataan di laman Facebooknya.

Naib Ketua Armada disandang oleh Ceasar Mandela Malakun yang menewaskan empat calon lain, iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq Aziz.

Seramai 9,469 perwakilan mengambil bahagian dalam pengundian semasa persidangan bahagian Armada. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI