fbpx

Taiwan beli 66 jet pejuang F-16 bernilai RM260 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 12 April 2011 menunjukkan jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat semasa latihan ketenteraan Han Kuang di Tainan, selatan Taiwan. – SAM YEH / AFP

WASHINGTON – Taiwan memuktamadkan perjanjian pembelian jet pejuang F-16 bernilai AS$62 bilion (RM260 bilion) keluaran firma Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin kelmarin.

Sebelum ini, Pentagon ada mengumumkan transaksi pembelian kontrak selama 10 tahun itu tanpa mendedahkan pihak pembeli. Bagaimanapun, satu sumber yang mempunyai maklumat berhubung perjanjian itu mengesahkan Taiwan ialah negara pembeli kepada agensi berita AFP.

Tahun lalu, Taiwan memperoleh kebenaran daripada Washington untuk pembelian sebanyak 66 buah jet F-16 generasi baharu, satu langkah memperbaharui sistem pertahanan Taipei.

Langkah itu dijangka menimbulkan kemarahan Beijing kerana China menganggap Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya. Taiwan pernah membeli sejumlah jet F-16 pada tahun 1992.

Menurut Pentagon, kontrak itu melibatkan penghantaran tempahan awal sebanyak 90 buah jet pejuang, lengkap dengan teknologi baharu serta persenjataan moden.

Beijing menegaskan, Taiwan, sebuah pulau dengan populasi 23 juta penduduk yang ditadbir sendiri sejak tahun 1949 adalah sebahagian daripada wilayahnya dan berjanji akan bertindak balas secara keras jika Taipei cuba menuntut kemerdekaan.

Washington masih kekal sebagai sekutu paling kuat Taiwan dan menjadi pembekal utama senjata kepada Taipei.

Kontrak pembelian dengan Lockheed muncul pada ketika Beijing dilihat meluaskan campur tangan di Hong Kong dengan menguatkuasakan undang-undang keselamatan ke atas hab perniagaan global itu, satu langkah mencetuskan kebimbangan di Taiwan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI