fbpx

9 kampung Orang Asli buat kawalan pergerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDYANATHAN (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Tok Batin ketika sambutan Hari Orang Asli di Kampung Orang Asli Berasau, Kahang baru-baru ini. Foto MOHAMAD FAHD RAHMAT

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Sembilan perkampungan Orang Asli di sekitar Kahang mengambil inisiatif mengetatkan kawalan pergerakan keluar masuk ke kampung mereka dari pukul 7 pagi hingga 8 malam sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R.Vidyananthan berkata, langkah itu perlu bagi memastikan supaya wabak COVID 19 tidak menular ke dalam penempatan mereka.

Beliau berkata, Batin di setiap kampung juga bertindak sebagai barisan hadapan kerajaan dengan menerangkan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan yang wajib dipatuhi.

“Sembilan perkampungan Orang Asli di Pekan Kahang digesa memainkan peranan masing-masing supaya wabak COVID 19 tidak menular ke dalam penempatan mereka.

“Semua tok batin harus membuat perancangan terperinci bagi menghalang perkara ini berlaku di kediaman masing-masing dengan memberikan penerangan kepada penduduk berkaitan SOP yang sudah ditetapkan.

“Selain itu, langkah mengambil sukatan suhu badan dan butir-butir peribadi pengunjung perlu diteruskan bagi membolehkan ianya dikesan sekiranya berlaku penularan di satu-satu kampung itu,”katanya.

Vidyananthan berkata demikian kepada penduduk ketika merasmikan Sambutan Hari Orang Asli peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang di Kampung Orang Asli Berasau di Pekan Kahang di sini.

Hadir sama, Pengarah Kemajuan Orang Asli Negeri Johor, Faisal Long, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kluang, Haslinda Husin dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid.

Menurut Vidyananthan, sekiranya semua langkah pencegahan wabak COVID19 diamalkan segenap lapisan masyarakat termasuk penduduk Orang Asli rantaian penularan wabak maut berkenaan pasti dapat diputuskan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI