fbpx

Kedah belum laksana PKPD Temco di Tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah setakat ini belum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Mukim Tawar, Baling dekat sini susulan pandemik Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri pada Ahad ini.

“Bagaimanapun Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKKD) Baling telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat di peringkat daerah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi,  JKKD Baling juga diarahkan untuk mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah dengan segera.

Pada masa sama, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor mengingatkan orang ramai untuk tidak mengadakan sebarang keramaian atau perhimpunan di kawasan yang mempunyai kes.

Sebanyak 11 kes baharu daripada Kluster Tawar di Baling, dekat sini direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21 kes jangkitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI