fbpx

KDNK Malaysia merosot 17.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uzir ketika membentangkan KDNK Malaysia untuk suku kedua 2020 sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku tahun kedua 2020 merosot 17.1 peratus bagi suku tahun kedua 2020, selepas mengalami pertumbuhan marginal 0.7 peratus pada suku pertama.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Uzir Mahidin berkata, berdasarkan anggaran KDNK bulanan, kemerosotan ketara berlaku dalam kesemua sektor pada April, menyebabkan KDNK merosot sebanyak 28.6 peratus.

“Prestasi pada Mei lebih baik kepada negatif 19.5 peratus dan negara terus mencatatkan penguncupan lebih rendah pada Jun kepada negatif 3.2 peratus.

“Penguncupan yang lebih perlahan bagi bulan Jun berlaku pada semua sektor termasuk pembinaan negatif 12.7 peratus, perlombongan dan kuari (-16.4 peratus) dan perkhidmatan (-6.0 peratus).

“Sektor pembuatan dan pertanian pula masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif 4.5 peratus dan 11 peratus pada Jun,” katanya dalam sidang media maya menerusi Facebook sebentar tadi.

Menurut Uzir, pada Jun 2020, prestasi eksport Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19 dengan mencatatkan pertumbuhan positif 8.8 peratus kepada RM82.9 bilion.

Jelasnya, ia membawa kepada lebihan dagangan sebanyak RM20.9 bilion, iaitu nilai terbesar yang pernah direkodkan.

“Suku tahun kedua 2020 merupakan tempoh yang amat mencabar kepada ekonomi negara dengan keutamaan usaha kerajaan adalah memelihara kesihatan dan keselamatan penduduk Malaysia yang merupakan aset penting negara.

“Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek dijangka meredakan kelembapan ekonomi sebelum ekonomi secara beransur-ansur meningkat pada suku tahun ketiga 2020,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI