fbpx

Dakwaan penutupan laluan di Gerik tidak benar – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej tular berhubung dakwaan laluan sempanan negeri di Jalan Gerik-Kupang, Gerik ke Baling, Kedah ditutup selepas wujud Kluster Tawar di Kedah.

GERIK – Tular satu mesej di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp apabila terdapat dakwaan laluan sempanan negeri di Jalan Gerik-Kupang, Gerik ke Baling, Kedah ditutup selepas wujud Kluster Tawar di Kedah akibat koronavirus (Covid-19).

Mesej tersebut antara lain menyebut operasi penutupan jalan simpang berhampiran Restoren Salim Kari Kepala Ikan ke Baling berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Tawar, Kedah.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan polis sebelum menjelaskan gambar yang tular berkenaan merupakan operasi bersepadu yang dijalankan pihaknya semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, operasi bersepadu tersebut hanya diadakan pada waktu tertentu untuk pemeriksaan termasuk kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.

“Polis sedang mengesan individu yang menyebarkan berita palsu berkenaan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sesuatu yang tidak benar kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya.

Tambah Zulkifli, orang ramai juga diminta mendapatkan keterangan dan maklumat sahih melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di talian 05-791 1222.

Selasa lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan wujud kluster baru berkaitan Covid-19 yang diberi nama Kluster Tawar apabila 10 kes pertama dikesan sebelum sembilan lagi kes positif wabak tersebut semalam dan 11 lagi positif pada hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI