fbpx

Suspek kes tetak disambung reman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Suspek yang menetak seorang penganggur sehingga parah dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Wakaf Mek Zainab Isnin lalu disambung reman enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disambung reman bermula hari ini hingga 18 Ogos.

“Kita masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian yang menyebabkan mangsa parah pada anggota badan akibat ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang.

“Sebelum ini, suspek ditahan selepas kejadian dan direman selama dua hari bermula Selasa hingga semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, mangsa juga masih tidak sedarkan diri dan dilaporkan stabil ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Akhbar Kosmo! kelmarin melaporkan, seorang penganggur sempat melaungkan kalimah Allahuakbar beberapa kali semasa ditetak seorang pemuda dengan parang dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Wakaf Mek Zainab di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 itu, dipercayai mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain dan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.

Kejadian itu juga dipercayai berpunca daripada dendam lama antara kedua-dua mereka sebelum ini. – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI