fbpx

Polis tahan remaja lelaki terbabit aktiviti penjualan syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang remaja lelaki berperanan sebagai ‘orang tengah’ bagi aktiviti penjualan syabu di Kampung Delima semalam.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang remaja lelaki berperanan sebagai ‘orang tengah’ bagi aktiviti penjualan syabu di Kampung Delima semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu ditahan selepas polis memperoleh hasil maklumat serta risikan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pemeriksaan mendapati remaja berkenaan memiliki enam paket syabu seberat 5.74 gram yang dianggarkan bernilai RM574 berdasarkan harga pasaran semasa sewaktu ditahan.

“Hasil siasatan awal turut mendapati suspek mengaku menerima upah daripada hasil penjualan syabu di sekitar kampung terbabit.

“Siasatan juga menunjukkan suspek bukan warganegara tempatan dan dikehendaki berikutan pernah melarikan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal pada 12 April lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Habibi berkata, suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 5 tahun.

Menurut Habibi, suspek juga boleh dikenakan hukuman tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan.

Sementara itu, Habibi menyatakan pihaknya akan terus mengenalpasti dan mengambil tindakan ke atas ahli sindiket pengedaran dadah di kawasan berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI