fbpx

Geng Man Halil Waha tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangka motosikal membabitkan nilai rampasan sebanyak RM120,000 yang ditemui di kawasan curam Felda Bukit Waha, Kota Tinggi susulan tumpasnya Geng Man Halil Waha.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menyelesaikan 30 kes kecurian motosikal dengan tumpasnya ‘Geng Man Halil Waha’ dalam dua siri tangkapan berasingan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, tangkapan pertama dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Kota Tinggi pada 29 Julai lalu melibatkan tiga lelaki tempatan berusia diantara 17 hingga 32 tahun.

Jelasnya, bertindak atas maklumat, pada 5 Ogos pukul 12.30 tengah hari satu lagi tangkapan dilakukan membabitkan lelaki tempatan berusia 17 tahun di Kota Kechil, Kota Tinggi.

“Hasil soal siasat ke atas empat lelaki tempatan tersebut, pihak polis telah rampas 18 buah rangka motosikal pelbagai jenis membabitkan nilai rampasan sebanyak RM120,000 di kawasan curam Felda Bukit Waha, Kota Tinggi.

“Kumpulan ini dikenali sebagai ‘Geng Man Halil Waha’ yang aktif sejak Januari 2020 sehingga kini. Modus Operandi geng ini mencuri kenderaan dengan menggunakan Allen key yang telah diubahsuai untuk menghidupkan motosikal yang dicuri.

“Pihak polis juga telah dapat menyelesaikan 30 kes curi motosikal di daerah Kota Tinggi dengan tertangkapnya kumpulan ini. Siasatan juga mendapati kumpulan ini terlibat dalam kes-kes kecurian motosikal di daerah bersempadanan dengan daerah Kota Tinggi termasuk di Johor Bahru,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kesemua tangkapan masih dalam siasatan polis dan direman sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI