fbpx

20 lembu mati mulut berbuih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 20 ekor lembu ditemukan dalam keadaan mati bergelimpangan dalam kejadian di ladang sawit Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan dekat Parit pagi semalam.

Oleh SHAARANI ISMAIL

PARIT – Sebanyak 20 ekor lembu ditemui mati dalam keadaan bergelimpangan dalam kejadian di sebuah kebun kelapa sawit Sungai Tareh Lambor Kanan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian disedari pengadu yang juga penternak lembu berkenaan selepas diberitahu rakannya berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi.

“Rakan pengadu memaklumkan terdapat beberapa ekor lembu miliknya mati bergelimpangan di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan.

“Kira-kira jam 2.00 petang, pengadu ke lokasi kejadian dan mendapati sebanyak 20 ekor lembu telah mati bergelimpangan di ladang berkenaan dalam keadaan mulut berbuih dan keluar darah melalui hidung.

“Pemeriksaan yang pengadu jalankan mendapati 19 ekor lembu adalah kepunyaan manakala seekor lagi belum dapat dipastikan tuan punya,” katanya.

Barudin berkata, kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan tindakan diambil bagi mengenalpasti punca kematian lembu terbabit.

Beliau berkata, kejadian berlaku di sebuah ladang hak milik persendirian seluas kira-kita 1.6 hektar
yang baharu ditanam dengan anak pokok kelapa sawit pada April 2020.

Katanya, difahamkan penternak berkenan menternak kira-kira 200 lembu secara lepas bebas dan kerugian akibat kejadian itu dianggarkan RM55,000. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI