fbpx

Semua pihak main peranan bantu Luqman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG Kim menjadi calon pilihan oleh pemilik Kelantan FC untuk mengemudi skuad TRW mengharungi episod baharu di Liga Super.

KURANG dua hari sahaja lagi, penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akan terbang ke Belgium selepas mengikat kontrak lima tahun dengan kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk.

Kebanyakan peminat bola sepak negara bangga dan teruja dengan sejarah baharu tersebut tetapi pada masa sama ada juga pemerhati-pemerhati sukan tanah air yang bimbang dengan aspek penyesuaian diri pemain berusia 18 tahun itu.

Rata-rata mereka risau sama ada Luqman sudah membuat persediaan penuh atau tidak sebelum berlepas ke Belgium memandangkan majoriti penduduk di Kortrijk lebih cende­rung menggunakan bahasa Belanda iaitu Flemish berbanding Inggeris.

Bekas Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim menjelaskan, Luqman perlu bersiap sedia berdepan segala rintangan yang bakal dihadapi sebaik sahaja menjejakkan kakinya di bumi Belgium selepas ini.

“Faktor bahasa amat pen­ting, lebih-lebih lagi apabila seorang pemain pergi ke satu negara yang bahasa kebangsaannya bukan Inggeris. Luqman perlu belajar sebab tidak semua pemain di sana boleh bertutur bahasa Inggeris de­ngan baik.

“Realiti sebenar akan kelihatan selepas beberapa bulan. Sekarang masih ada masa untuk mempersiapkan Luqman dengan segala rintangan yang bakal dihadapi supaya dia tahu apa perlu dilakukan jika ia terjadi di sana nanti.

“Saya tidak kata dia tidak perlu pergi sana kerana ini sesuatu yang sangat bagus untuk dirinya. Cuma saya bercakap begini kerana saya pernah lalui apa yang dia akan hadapi di sana nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bekas penolong jurulatih bawah 19 tahun Bayern Munich itu percaya, cara terbaik ialah membawa ibu bapa atau ke­luarga rapat Luqman ke Belgium kerana ia sangat membantu mempercepatkan proses penyesuaian diri pemain tersebut.

“Katakan bola sepak cuma bermain dua jam dan selebih­nya apa nak buat kalau dia tidak boleh bergaul dengan sekeliling? Adakah dia akan duduk sahaja bermain telefon di dalam bilik?

“Selepas itu apa yang akan berlaku? Dia akan mula berasa bosan. Jadi kalau orang yang dia selesa, contohnya keluarga sendiri, dia tidak akan ada masalah untuk berkongsi,” jelas Teong Kim yang yang pernah beraksi Hertha BSC pada 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI