fbpx

Padah jual durian tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Durian yang disita daripada seorang peniaga durian warga tempatan kerana berniaga tanpa lesen dan permit yang sah.

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang peniaga durian berniaga tanpa lesen dan permit sah mengundang padah selepas hampir 200 kilogram buah tersebut dirampas dalam operasi di sekitar Saujana Utama di sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan menerusi Operasi Premis dan Penjaja Warga Asing pada 6 Ogos itu turut mendapati lelaki itu mengaji dua pekerja asing warga Indonesia yang kesemuanya berusia 30an.

Yang Dipertua Daerah Kuala Selangor (MDKS), Rahilah Rahmat berkata, Dasar Aktiviti Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor menetapkan tidak membenarkan mengambil pembantu atau pekerja warga asing di bawah lesen penjaja.

Katanya, tapak niaga durian tersebut juga didapati merupakan kawasan berisiko kemalangan di kawasan tersebut.

Difahamkan peniaga durian tersebut telah berniaga sejak dua minggu lalu.

“Selain itu, hasil operasi itu juga mengesan dua buah premis cuci kereta, sebuah kedai alat ganti tayar dan sebuah kedai gunting rambut yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan dijalankan oleh warga asing.

“Sehubungan itu, kita telah menyita barangan termasuk vakum, pemampat udara, penyembur buih, tayar, rim tayar dan peralatan menggunting rambut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menambah, kesemua premis itu juga diarah tutup serta-merta mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDKS) 2013.

Mengulas lanjut, Rahilah berkata, pihaknya turut mengeluarkan sembilan kompaun atas pelbagai kesalahan seperti menjalankan perniagaan dan mempamerkan iklan tanpa lesen serta
melakukan halangan seperti papan tanda di kawasan tidak dibenarkan MDKS. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI