fbpx

KKMM cadang tambah 1 juta MYTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang untuk menambah satu juta dekoder MYTV bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati siaran televisyen percuma MyFreeview.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, cadangan tersebut adalah susulan permintaan tinggi penduduk di kawasan luar bandar terhadap perkhidmatan percuma itu.

“Ketika ini permintaan terhadap siaran percuma MyFreeview cukup tinggi dan kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta dekoder bagi memberi perkhidmatan percuma kepada rakyat terutama di luar bandar.

“Walaupun di sesetengah tempat, untuk mendapat siaran MyFreeview ini tidak ada perkhidmatan jalur lebar kerana capaiannya agak kurang atau kekuatannya tidak sampai, ia akan ada gangguan.

“Bagaimanapun, kementerian sedaya upaya memastikan perkhidmatan jalur lebih di semua kawasan berkualiti supaya siaran televisyen digital tidak terganggu. Kita harap selepas kita mungkin ia dapat perkhidmatan yang lebih baik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS- Pasir Puteh) yang meminta kerajaan menyatakan status perkembangan pelaksanaan bagi meningkatkan capaian jalur lebar supaya siaran televisyen digital tidak mengalami gangguan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI