fbpx

Proton Persona rempuh stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Persona dipandu lelaki dipercayai tersalah tekan pedal minyak merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Batu 26, Pekan Nenas, Pontian hari ini.

Oleh MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN – Seorang pemandu kereta Proton Persona berdepan detik cemas apabila kereta dinaikinya merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Batu 26, Pekan Nanas di sini petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian itu, pemandu berusia 23 tahun bagaimanapun terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, pemandu kereta tersebut dikatakan membelok masuk ke stesen untuk mengisi minyak.

“Pemandu dikatakan salah tertekan pedal minyak menyebabkan kereta bergerak laju merempuh kedai serbaneka.

“Rempuhan itu telah mengenai bahagian hadapan pintu stesen minyak, namun tiada sebarang kecederaan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI