fbpx

Pendakwaan kemuka rayuan tambah hukuman terhadap Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memfailkan rayuan untuk menambah lagi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa RM42 juta dana SRC Sdn. Bhd.

Ketua Unit Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, notis rayuan telah difailkan Jumaat lepas menerusi e-filing dan notis rayuan itu terhadap semua hukuman dan denda yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Menurut beliau, hari ini merupakan hari terakhir bagi pihak pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan rayuan mereka.

“Kedua-dua pihak mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan rayuan masing-masing selepas keputusan pada 28 Julai lalu,” katanya.

Pada 28 Julai lalu Najib dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. bernilai RM42 juta.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd. Nazlan memerintahkan hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan itu dilaksanakan serentak.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, manakala bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, beliau dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan itu.

Sementara tiga lagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, Najib turut dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI