fbpx

Mayat lelaki ditemui dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui orang awam simpang berhadapan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, semalam.

ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON – Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemui di dalam semak di simpang jalan berhadapan Pantai Cahaya Negeri, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis telah menerima laporan berkenaan penemuan mayat lelaki tanpa pengenalan diri itu kira-kira pukul 4.31 petang daripada orang awam.

Katanya, mayat terbabit ditemui orang awam ketika membuang air kecil di kawasan semak berkenaan.

“Berdasarkan keadaan mayat ketika ditemui, dia dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari.

“Butiran mayat tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sinin hari ini.

Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tujuan bedah siasat.

” Pihak polis juga meminta mana-mana individu yang kehilangan saudara-mara untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI