fbpx

Kedah kembali pamer prestasi sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVES (tengah) berjaya menyumbang satu gol ketika Kedah menewaskan UKM FC pada aksi persahabatan di Bangi semalam.

KUALA LUMPUR – Kedah kembali mempamerkan rentak sebenar apabila berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan Liga Premier, UKM FC dalam satu aksi persahabatan di Stadium UKM, Bangi semalam.

Kemenangan itu pastinya menyuntik semangat skuad Lang Merah untuk menghadapi saingan Liga Super yang akan kembali berlangsung 26 Ogos ini selepas tewas 1-2 kepada Perak II dalam aksi persahabatan pertama minggu lalu.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menegaskan, keputusan perlawanan tidak menjadi keutamaannya tetapi beliau gembira dengan komitmen ditunjukkan semua pemain yang semakin hampir mendapat tahap kecergasan terbaik.

“Ini adalah perlawanan kedua dalam tempoh lima bulan. Bagi saya, UKM sebuah pasukan yang bagus kerana mempunyai ramai pemain muda berbakat.

“Namun, objektif kami bukannya kemenangan semata-mata tetapi mahu memastikan pemain mendapat kecergasann selain memberikan peluang bermain kepada semua,” katanya.

Tiga gol Kedah diperoleh menerusi Renan Alves, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman manakala Faiz Hanif Adnan menghadiahkan jaringan saguhati buat UKM.

Sementara itu, ketua jurulatih UKM, Sulaiman Hussin menyifatkan kekalahan skuad bimbingannya disebabkan kesilapan sendiri dilakukan barisan pemainnya sekali gus membantu Kedah menjaringkan gol.

“Walaupun kami berjaya mencipta banyak peluang tetapi pengalaman memisahkan antara Kedah dan UKM. Beberapa kesilapan kami membuka ruang kepada pihak lawan menjaringkan gol,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI