fbpx

Bagai dilanda tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangunan di SJK Cina Malim, Melaka rosak teruk selepas dilanda ribut.
Kanak-kanak sekolah keluar dari dewan selepas kejadian ribut yang mengalami kerosakan teruk susulan hujan lebat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Malim.

 

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Malim di sini hari ini rosak dalam kejadian ribut dan hujan lebat tengah hari tadi.

Tinjauan Kosmo! di sekolah berkenaan mendapati para guru dan pentadbir sekolah sibuk menguruskan ratusan kanak-kanak yang di tempatkan di dalam sebuah dewan sebelum dibenarkan pulang.

Suasana di kawasan sekolah bagai dilanda tsunami dengan sisa binaan seperti kayu, bumbung zink dan kapas penebat bunyi berselerakan.

Pihak berkuasa iaitu polis, bomba, tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan badan bukan kerajaan (NGO) turut membantu mengawal dan menjaga keselamatan murid-murid.

Waris an penjaga berada di luar pegaar sekolah sementara menunggu petugas memanggil murid mengikut giliran sebelum dibenarkan pulang.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI