fbpx

Suspek kes jerut sampai mati dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek utama kes bunuh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

SEPANG – Suspek utama kes bunuh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Maizatulnisa Othman, 40, akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki Melayu berusia 41 tahun itu akan dituduh pada pukul 9.00 pagi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek seorang lelaki Melayu berusia 41 tahun yang merupakan bekas suami si mati kerana dalam proses daftar perceraian akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Maizatulnisa ditemui mati dipercayai dibunuh suaminya selepas dijerut dengan menggunakan tudung yang dipakainya.

Kejadian tersebut berlaku di dalam kereta di Taman Mas, Putra Perdana dekat sini pada 29 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI