fbpx

Peniaga tular maklumat palsu berkaitan Covid-19 disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status palsu berkaitan Covid-19 yang dimuat naik seorang peniaga semalam.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Gara-gara menularkan maklumat tidak benar mengenai sebuah pasar raya di Seberang Jaya, seorang peniaga kini berdepan risiko didakwa di mahkamah selain dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Shafee Abd. Samad berkata, maklumat palsu mengenai pasar raya itu dipercayai ditularkan oleh suspek yang berusia 33 tahun menerusi akaun Facebook bernama Eiyna Aleeyna kira-kira 2.30 petang, semalam.

Katanya, suspek kemudian memuat naik kenyataan seperti berikut dalam statusnya yang antara lain berbunyi: ‘Suspek di Flat Tuna dah confirmed +ve (disahkan positif Covid-19). Dia ada ‘shopping’ ke (pasar raya) di Bandar Sunway (Seberang Jaya). Hari ni (pasar raya itu) ditutup utk sanitasi hingga ke satu tarikh yg akan dimaklumkan.’

Beliau berkata, berikutan dakwaan itu, pihak pengurusan pasar raya berkenaan telah membuat kenyataan balas mengatakan bahawa kenyataan tersebut tidak benar dan mereka juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan premis untuk tujuan sanitasi.

“Mereka juga tidak berpuas hati dengan kenyataan suspek di laman Facebook tersebut (Eiyna Aleeyna) dan beranggapan ia adalah satu kenyataan fitnah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar Shafee, siasatan polis mendapati, suspek telah mengambil kenyataan tersebut daripada kumpulan aplikasi Whatsapp milik sekolah anaknya dan hanya bertujuan untuk memberikan peringatan kepada rakan Facebook yang lain tanpa sebarang niat untuk mengaibkan pihak pengurusan pasar raya terbabit.

Malangnya beliau berkata, suspek tidak membuat semakan lanjut sebaliknya terus memuat naik maklumat palsu itu ke dalam akaun Facebook miliknya.

“Selain mendakwa tersalah ‘post’ (membuat hantaran) berkaitan penularan Covid-19 di pasar raya tersebut, suspek juga telah ‘edit’ (sunting) post tersebut dengan fakta sebenar seterusnya memadam ‘post’ awal yang dimuat naik sebelum ini.

“Tindakan itu dibuat suspek selepas menerima mesej Whatsapp daripada beberapa orang kenalan yang mengatakan ‘post’ asalnya telah diviralkan (ditularkan) sebagai berita palsu dan menimbulkan kemarahan pihak pengurusan pasar raya terbabit serta netizen,” katanya.

Sehubungan itu, kata Shafee, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan memfitnah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali selain disiasat selain disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) yang juga jika sabit kesalahan boleh didakwa di mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI