fbpx
LUQMAN menandatangani kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk.

Luqman jadi buah mulut di Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Keluarga Dion Cools sedia bantu Luqman

KELUARGA pemain berdarah kacukan Malaysia dan Belgium, Dion Johan Cools sudi membantu bintang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menyesuaikan diri de­ngan persekitaran dan budaya baharu di negara berkenaan.

Ibu kepada Dion, Xylina Chai yang berasal dari Kuching, Sarawak, sedia menghulurkan bantuan dengan memantau perkembangan semasa Luqman sepanjang beraksi dengan kelab Belgium, KV Kortrijk.

Beliau senada dengan pandangan anaknya bahawa Luqman perlu memanfaatkan masa terluang dengan menguasai bahasa Inggeris dan Belanda kerana ia akan membantu komunikasi dan integrasinya bersama pemain-pemain antarabangsa yang lain.

“Kortrijk adalah bandar ter­be­sar di bahagian Flanders Ba­rat yang mempunyai 77,000 penduduk. Ada juga universiti di sana, jadi po­pu­­lasi orang muda yang ramai di sana.

“Orang Belgium menyebut bahasa Belanda sebagai Fle­mish. Ia penting untuk Luqman cepat menyesuaikan diri de­ngan penduduk tempatan dan rakan-rakan sepasukan.

“Di sana tidak ramai warga asing seperti di Brussels, jadi penduduk tempatan lebih gemar bertutur dalam bahasa sendiri. Saya percaya Luqman akan gembira berada di sana kerana penduduknya terkenal dengan sikap ramah dan baik hati.

“Tan Sri Vincent Tan (pemilik Kortrijk) mempercayai kebolehan Luqman dan sekarang terpulang kepada dia untuk memanfaatkan peluang ini. Rakyat Malaysia di sini (Belgium) akan sentiasa menyokongnya,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Xylina pernah menjadi sukarelawan sebagai pegawai perhubungan buat skuad hoki wanita negara sewaktu menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 iaitu Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels pada 2017.

Bagaimanapun, Xylina berharap semua pihak tidak meletakkan tekanan terlalu tinggi sekarang kepada Luqman kerana perjalanan pemain dari Kelantan itu masih lagi jauh dalam usaha menapak di bumi Belgium dan Eropah.

“Saya sentiasa menyokong rakan-rakan senegara saya. Satu perkara yang bagus dia datang ke sini untuk proses pembelajaran dan berkembang dalam karier profesionalnya.

“Kami semua rakyat Malaysia amat berbangga dengan Luqman tetapi berilah dia masa untuk belajar dan berkembang. Jangan terlalu menekan Luqman kerana dia baru berusia 18 tahun dan perjalanannya untuk berjaya masih panjang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN