fbpx

Isteri Ammar kecewa permohonan cerai masih belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ammar bersama isterinya, Nelissa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam melahirkan rasa kecewa apabila suaminya menolak permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Nelissa,33, berkata dia memfailkan permohonan cerai pada Januari lalu namun Ammar yang popular dengan filem Paskal itu memfailkan penolakan tuntutan cerai pada Julai lalu.

“Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai. Saya tidak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan,” katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ujar Nelissa yang enggan fotonya dirakam turut memberitahu, dia tidak tahu apa niat sebenar Ammar melengah-lengahkan proses cerai, kerana mereka sudah tidak tinggal bersama sejak setahun yang lalu.

Terdahulu, dalam carian kes yang didaftarkan di mahkamah mendapati nama Nelissa dan Ammar masih belum disenaraikan bagi sebarang prosiding berhubung penceraian mereka.

Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 secara sembunyi tanpa sebarang publisiti dan pihak media.

Perkahwinan mereka mulai retak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika Nelissa sedang hamil enam bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI