fbpx

Jutawan Macau mahu teroka perniagaan sarung tangan getah di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Jutawan Macau berstatus billionaire, Wan Kuok-Koi dilantik sebagai Pengerusi Inix Technology Bhd. (INIX), sebuah syarikat pegangan pelaburan yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Turut dilantik untuk memegang jawatan di INIX ialah dua perwakilan tempatan bagi Kuok-koi, iaitu Datuk Tan Choon Hwa sebagai Naib Pengerusi dan Lee Han Keat selaku Pengarah Eksekutif baharu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini, langkah Kuok-koi mengambil alih kepimpinan syarikat berkenaan adalah untuk meneroka perniagaan sarung tangan getah di negara ini.
Menurut syarikat, tawaran kripto permulaan (ICO) berkaitan Kuok-koi yang diterbitkan di Asia Tenggara telah membuka rekod baharu dengan kejayaan meraih sejumlah AS$750 juta (RM3.14 bilion) dalam tempoh lima minit, berdasarkan laporan South China Morning Post pada 17 Julai 2018.
“Kuok-Koi memiliki pengaruh besar dalam dunia perniagaan dan pelan yang dicadangkan mendapat sokongan ramai pelabur.
“Beliau dikenali sebagai kapitalis Macau, ahli perniagaan yang patriotik dan seorang dermawan.
“Kuok-Koi tidak asing di negara ini kerana memegang jawatan Presiden Pengasas Dewan Perniagaan Ekonomi dan Budaya Macau-Malaysia selain memiliki hubungan ekonomi dan perdagangan di Malaysia,” katanya.
Selain itu, Kuok-koi turut terlibat dalam perniagaan berkaitan hiburan di Macau selaku pemilik Macau National Ying VIP Club dan National Ying Entertainment Co Ltd.
Beliau juga aktif dalam aktiviti amal dan termasuk terlibat dalam penubuhan Yayasan Amal Budaya Zhi Gong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI