fbpx

80,000 kanak-kanak hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berjalan dekat sebuah rumah yang rosak akibat letupan berganda di pelabuhan Beirut, Lebanon pada Selasa lalu. – AFP

BEIRUT – Seorang budak perempuan berumur tiga tahun ditemui mati di Beirut pada ketika puluhan ribu kanak-kanak lain hilang tempat tinggal selepas kejadian letupan besar di pelabuhan yang meratakan ibu kota Lebanon pada Selasa lalu.

Portal Daily Mail melaporkan Alexandra Najjar ialah salah seorang daripada 154 mangsa terkorban dan lebih 5,000 lagi cedera dalam tragedi itu.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan bahawa kira-kira 80,000 daripada 300,000 mangsa yang hilang tempat tinggal ialah kanak-kanak dengan keluarga terjejas.

“Sejak 24 jam lalu, UNICEF terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di lokasi bencana untuk membantu keluarga yang memerlukan bantuan segera, memberi tumpuan pada soal kesihatan, air dan kebajikan kanak-kanak,” kata

Wakil Timbalan UNICEF di Lebanon, Violet Speek-Warnery. Beberapa kanak-kanak dilaporkan terpisah daripada ibu dan bapa masing-masing dengan ramai lagi masih hilang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI