fbpx

Tiada kes Covid-19 babitkan kluster Sivagangga hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Tiada kes baharu jangkitan Covid-19 dikesan membabitkan kluster Sivagangga dilaporkan pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, setakat tengah hari tadi, seramai 4,198 orang telah disaring dalam kluster ini merangkumi saringan dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Daripada jumlah itu, 43 kes dikesan positif Covid-19 manakala, 3,235 negatif dan 920 lagi masih menunggu keputusan.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif masih diteruskan. Ia termasuk langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, tujuh kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 9,070 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 170 kes.

“Daripada tujuh kes yang dilaporkan, enam adalah kes import melibatkan tiga warganegara dan tiga bukan warganegara manakala satu kes membabitkan penularan tempatan.

“Enam kes import tersebut adalah dari China, Yaman, Myanmar, Jepun, Pakistan dan Mexico manakala, kes tempatan pula adalah membabitkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan,” katanya.

Katanya, setakat ini, terdapat dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI