fbpx

Prihatin nasib kucing jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sukarelawan memberi kucing jalanan makanan di Pasar Batu Enam, Kuala Nerus hari ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA NERUS – Nasib kucing-kucing jalanan di sekitar daerah ini mendapat pembelaan apabila haiwan tersebut diberi makan dan rawatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan Hotel Raia Terengganu.

Wakil pasukan itu, Tina Surinda Abdul Karim berkata, pihaknya dengan kerjasama syarikat pengeluar produk makanan kucing, Me-0 telah turun padang memberi makan kepada kucing-kucing jalanan terbabit sempena Hari Kucing Sedunia yang disambut hari ini.

“Kita cuba menjejak kucing-kucing jalanan tersebut terutama di kawasan pasar sekitar daerah ini. Selain memberi haiwan itu makanan, kita juga melakukan rawatan segera terhadap kucing yang cedera dengan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

“Usaha kecil ini bertujuan untuk menjaga kebajikan kucing-kucing jalanan yang tidak mempunyai penjaga sedangkan haiwan itu sebenarnya juga memerlukan perhatian,” katanya ketika ditemui di Pasar Batu Enam di sini hari ini.

Tina Surinda yang juga Pengurus Jualan Hotel Raia berkata, pihaknya berharap usaha pasukan tersebut dapat menjadi contoh kepada masyarakat bukan sahaja memberi makan malah tidak memperlakukan kucing secara ganas.

Sementara itu, Duta Me-O Terengganu, Wan Mohd. Rizal Wan Mohd. Azlan berkata, pihaknya menyumbang 35 kilogram makanan kucing untuk program kebajikan yang di sasar kepada kucing-kucing jalanan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI