fbpx

OKU bisu kayuh basikal 800 km cari ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUTIKNO mengayuh basikal dari Malang ke Jakarta untuk mencari ibu bapanya. – TWITTER

JAKARTA – Seorang pemuda kelainan upaya (OKU) bisu dilaporkan mengayuh basikal lebih 800 kilometer (km) dari Malang ke kota Jakarta untuk mencari ibu bapanya baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Gambar lelaki dikenali sebagai Sutikno itu tular di laman sosial Twitter dan dimuat naik seorang netizen dikenali sebagai, @ruddierawk berserta nota menyatakan keinginan pemuda itu untuk bertemu ibunya.

“Tolong tularkan. Namanya Sutikno. Asal Malang, Jawa Timur. Dari Yayasan SLB Batu Balang. Dia seorang OKU bisu, berbasikal ke Jakarta mencari orang tuanya.

“Selepas memberikannya makanan untuk mengisi perut, Sutikno memberitahu dengan menulis di buku nota sekiranya tidak menemui ibunya keesokan hari, dia akan kembali semula ke Malang di Jawa Timur,” tulis @ruddierawk.

Difahamkan, lelaki itu turut mencari ibu bapanya di daerah lain termasuk Semarang, Surabaya dan Bekasi sebelum sampai ke Jakarta berdasarkan catatan pada nota yang dibawanya.

Selain itu, Sutikno turut menulis doa buat ibu bapanya dalam nota tersebut yang membuatkan ramai netizen sebak.

“Doa buat ibu dan ayahku. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kedua-dua orang tua saya. Bukalah pintu rezeki dan umur yang panjang. Berikan pintu hidayah-Mu, ya Allah.

“Walaupun diriku tak bertemu ibu, anakmu selalu berdoa buat ibuku. Ku cinta. Tanpa ibu, Tikno tak akan ada di dunia ini,” tulis Sutikno.

Sehingga kini masih tidak diketahui sama ada Sutikno berjaya menemui ibu bapanya atau tidak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI