fbpx

Bank Islam tawar perkhidmatan CRM di 500 rangkaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zailah (kanan) menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Perbankan Elektronik di Rantau Panjang hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) telah memperluaskan penggunaan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) ke 500 rangkaian bank di seluruh negara bagi memperkasakan lagi perkhidmatan tersebut kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Perniagaan Bank Islam, Mizan Masram berkata, CRM merupakan mesin dwifungsi yang menggabungkan perkhidmatan pengeluaran dan deposit tunai itu.

Menurutnya, gabungan itu akan memudahkan para pelanggan membuat transaksi perbankan seperti deposit tunai, pemindahan dana dan pengeluaran wang dengan lebih mudah.

“Insya-Allah kita akan terus meneliti keperluan semasa dalam menambah lagi bilangan CRM.

“Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada keperluan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Perbankan Elektronik di Rantau Panjang di Jalan Hulu Pasar di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusof turut hadir menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Dalam pada itu, Mizan menambah, sifat versatil yang ditawarkan melalui perkhidmatan CRM akan menyumbang kepada pemacuan teknologi digital negara yang sedang berkembang pesat pada hari ini.

Mengulas mengenai kewujudan kemudahan itu di Rantau Panjang, Mizan berkata, Bank Islam menyasarkan 100,000 transaksi perbankan yang akan dijalankan di pusat berkenaan.

Katanya, pusat itu turut menawarkan kemudahan pendaftaran akaun Tabung Haji.

“Bukan itu sahaja, urusan penyimpanan, pengeluaran dan pendaftaran haji turut dilakukan secara dalam talian menggunakan perkhidmatan Bank Islam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI