fbpx

Mukhriz dinamakan sebagai presiden parti baharu Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden sementara parti baharu yang ditubuhkan beliau hari ini.

Menurut beliau, parti tersebut belum lagi didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) dan berharap tiada sebarang masalah yang berbangkit berhubung perkara itu.

“Kita menjangkakan akan ada isu yang berbangkit ketika proses pendaftaran parti ini tidak beberapa lama lagi namun kami berharap ia akan berjalan dengan lancar.

“Buat ketika ini, kami menamakan Datuk Seri Mukhriz sebagai presiden parti sementara dan satu jawatankuasa disiplin juga akan dibentuk dalam masa terdekat,” katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Albukhary di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan tentang penubuhan satu parti politik baharu yang akan bergerak bebas tanpa dikaitkan dengan mana-mana pakatan parti politik lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI