fbpx

[VIDEO] Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen untuk pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk pendakwaan pagi ini.

KUALA LUMPUR –  Bekas Menteri Kewangan Lim Guan tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi pukul 9.10 pagi.

Sejurus sampai, Ahli Parlimen Bagan itu kemudian dikerumuni petugas media yang mengambil video dan merakam fotonya di lobi mahkamah.

Beliau kemudian masuk ke Mahkamah Sesyen bagi menjalani proses pendakwaan. Turut hadir di mahkamah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng.

Bagaimanapun Guan Eng dan Kit Siang masuk ke mahkamah secara berasingan yang mana Guan Eng masuk melalui bilik saksi manakala Kit Siang masuk melalui pintu galeri awam.

Terdahulu Guan Eng dibawa keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pukul 8.35 dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dengan diiringi enam buah kereta termasuk peronda polis (MPV) dan motosikal pengiring.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa exconya turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan.

Sehingga kini, SPRM telah menahan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan tiga syarikat diserbu kerana dipercayai ada kaitan dengan projek berkenaan.

Pada bulan lalu, Guan Eng diminta hadir tiga kali ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya iaitu pada 22, 23 dan 26 Julai lalu bagi memberi keterangan berhubung kes projek terowong dasar laut itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI