fbpx

Dua pelarian Rohingya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Pulau Pinang menahan dua pelarian Rohingya ketika sedang leka menangkap ikan di atas bot pada kedudukan 2.2 batu nautika Utara Batu Ferringhi di sini hari ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan dua pelarian etnik Rohingya ketika leka menangkan ikan di atas bot pada kedudukan 2.2 batu nautika Utara Batu Ferringhi di sini hari ini.

Lelaki berusia 24 dan 38 tahun itu ditahan anggota terbabit ketika menjalankan rondaan Op Benteng Laut di sekitar perairan negeri kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Pengarah APMM negeri, Hamizan Harun berkata, tangkapan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah bot tempatan yang tidak bernombor yang dipandu seorang tekong tempatan berusia 24 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki dipercayai etnik Rohingya sedang berada di atas bot terbabit dan mereka
gagal nenunjukkan dokumen perjalanan yang sah ke negara ini.

“Siasatan ke atas mereka termasuk tekong akan akan dijalankan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tiada pas atau permit yang sah,” katanya di sini hari ini.

Dalam operasi sama, pasukan APMM turut menahan seorang tekong bersama empat awak-awak pada kedudukan 0.4 batu nautika Timur Laut Tanjung Tokong.

Beliau memberitahu, lelaki tempatan berusia 24 hingga 34 tahun didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan peralatan menangkap ikan (pukat lohong) tanpa lesen yang sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI