fbpx

Divisyen 1 ‘gelanggang’ sebenar Jun Hao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Divisyen 2 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

KUALA LUMPUR – Bekas juara perseorangan remaja Asia, Leong Jun Hao menepati ramalan sebagai juara Divisyen 2 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pemain berusia 21 tahun itu cuma mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pelapis kebangsaan, Lim Chong King 21-19, 21-16 pada aksi terakhir saingan Divisyen 2 di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.

Bagaimanapun, perlawanan terakhir itu tidak membawa apa-apa makna kerana Jun Hao dan Chong King sudah mengesahkan tempat mereka ke Divisyen 1 semalam sebagai dua pemain terbaik daripada Divisyen 2.

Kemampuan sebenar mereka berdua bakal diuji lawan sebenar kerana bakal berdepan senior-senior dalam skuad kebangsaan dan beberapa pemain profesional seperti Lee Zii Jia, Liew Daren, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei.

Selain Jun Hao dan Chong King, dua lagi pemain dalam saingan Divisyen 1 yang akan bermula minggu depan ialah Aidil Soleh Ali Sadikin serta Ng Tze Yong.

Kedua-dua pemain muda itu juga perlu menjadikan saingan Divisyen 1 sebagai pentas terbaik untuk mereka cuba merebut tempat agar tersenarai dalam skuad kebangsaan menghadapi Piala Thomas di Aarhus, Denmark pada Oktober ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI