fbpx

Peminat gembira berat badan Sunmi naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNMI

DEK perubahan mendadak bentuk badannya yang kini kelihatan lebih berisi menampilkan sisi berbeza, penampilan terbaharu Sunmi kini menjadi bualan hangat netizen.

Berat badan Sunmi dilaporkan naik sebanyak 8 kilogram (kg) sehingga bentuk kakinya yang langsing sebelum ini dilihat agak berisi.

Sebelum ini bentuk badannya sangat kurus dengan berat 43 kg kerana terlampau sibuk dengan jadual promosi lagu sehingga membuatkan peminat bimbang jika memberi kesan terhadap tahap kesihatan dirinya.

Biarpun bimbang dengan tahap kesihatannya, Sunmi mengakui berada dalam dilema kerana visual bentuk badannya di dalam kamera kelihatan normal.

Penampilan mengejutkan Sunmi bagaimanapun mendapat respons positif daripada peminat yang rata-ratanya gembira melihat pelantun lagu Gashina itu sihat.

Peminat menarik nafas lega selepas melihat perubahan Sunmi yang kelihatan lebih sihat dan segar.

“Keadaannya nampak lebih baik. Dia cantik.

“Sebelum ini dia terlalu kurus. Sekarang visual Sunmi nampak semakin berseri,” tulis seorang peminat dalam internet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI