fbpx

Pemandu lori dijel tujuh tahun, enam sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan atas kesalahan merogol anak saudaranya pada April lalu. Foto oleh RASUL AZLI SAMAD

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Tindakan terkutuk seorang pemandu lori mencabul anak saudara yang dipeliharanya sejak kecil berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh yang berusia 42 tahun dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati melakukan kesalahan amang seksual fizikal dengan mencabul anak saudara perempuannya yang berusia 13 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan tertuduh pada akhir April 2020 lalu di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak, Melaka.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati telah masuk ke dalam biik mangsa sebelum bertindak mencabul mangsa dan kejadian itu seringkali berlaku ketika isteri tertuduh tiada di rumah.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung anak yang masih kecil selain ibu bapa yang sudah uzur.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mengambil kesempatan sebagai penjaga.

Perbuatan terkutuk dilakukan tertuduh juga hanya terbongkar selepas pelajar tingkatan satu itu mengadu kepada salah seorang ustazah di sekolahnya.

Tambah Mazuin, mangsa juga pernah beberapa kali mengadu kepada ibu angkatnya iaitu isteri mangsa, namun usahanya hanya sia-sia.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, Norma kemudian menetapkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Julai 2020 lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI