fbpx

Pasar tani khas dalam PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Exco kerajaan negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada penduduk Napoh hari ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

JITRA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka pasar tani di pekan Napoh dan Kampung Bendang Dalam, Mukim Binjal dekat sini bagi memudahkan penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) itu mendapatkan bekalan barang keperluan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata, pasar tani tersebut akan dibuka tiga kali seminggu iaitu pada Ahad, Selasa dan Khamis bermula 9 Ogos ini.

“Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Bencana pagi tadi dan diharapkan langkah ini dapat membantu penduduk mendapatkan barang basah seperti ikan, sayur dan ayam pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan berupa kotak makanan ‘Sentuhan Kasih’ sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk terjejas di Dewan Kampung Napoh di sini hari ini.

Kotak makanan tersebut berisi barang keperluan antaranya beras, kopi, gula, teh, sardin serta sepapan telur.

Kata Halimaton, pelaksanaan pasar tani itu nanti akan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa serta Jabatan Kesihatan Negeri.

“Pasar tani di pekan Napoh akan dibuka di pekarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) manakala di Kampung Bendang Dalam, pasar bakal beroperasi di dewan kampung berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, satu pasukan keselamatan bergerak akan diwujudkan untuk masuk ke kawasan PKPD bagi membantu mengedarkan ubat-ubatan diperlukan penduduk di situ.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI