fbpx

3,500 akan hilang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- Gambar hiasan

Oleh SHAARANI ISMAIL

IPOH – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) membantah cadangan penswastaan pengurusan sisa pepejal di Perak yang ketika ini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap daerah masing-masing.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, perkara itu diputuskan ANULAE pada Mesyuarat Jawatankuasa Agung ANULAE yang berlangsung Muar, Johor pagi tadi.

Katanya, ANULAE dimaklumkan bahawa majlis menandatangani perjanjian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal antara 15 PBT di Perak dengan syarikat swasta yang bakal mengambil alih kerja-kerja pengurusan tersebut dijadualkan berlangsung pada 5 Ogos telah ditunda ke tarikh yang belum dimuktamadkan.

“ANULAE mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah menangguhkan majlis menandatangani perjanjian itu.

“Kami menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya menilai semula cadangan berkenaan kerana ia bakal memberi kesan kepada lebih 3,500 pekerja yang berkhidmat di PBT.

“ANULAE bimbang sekiranya penswastaan itu dilaksanakan, lebih 3,500 pekerja tersebut akan hilang pekerjaan pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, ANULAE tidak mahu pekerja PBT di Perak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Kedah, Perlis dan Selangor sebelum ini apabila pengurusan sisa pepejal diswastakan.

“Ketika itu ada pekerja PBT yang diberhentikan khidmat mereka ketika penswastaan dilakukan.

“Sebahagian mereka yang dipindahkan bekerja di syarikat swasta yang baru pula kebiasaannya akan digantikan dengan pekerja warga asing yang gajinya lebih rendah,” katanya.

Azih berkata, ketika ini kebanyakan pekerja di syarikat konsesi adalah dari kalangan warga asing Nepal, Bangladesh dan Myanmar dan sudah sepatutnya kerajaan negeri perlu mengutamakan rakyat sendiri untuk mengekalkan pekerjaan mereka

Katanya, inANULAE yakin PBT di Perak mampu mengurus sisa pepejal sebaik mungkin.

“Jika ada peruntukan, kerajaan negeri perlu menyalurkannya kepada PBT kerana mereka boleh buat lebih baik daripada syarikat konsesi,” katanya.

Beliau berkata, setiap kelemahan yang ada perlu ditambahbaik dan ANULAE berharap Perak dapat membatalkan dan mengkaji semula cadangan penswastaan pengurusan sisa pepejal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI