fbpx

Kanak-kanak lelaki parah langgar lori mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Wira yang dinaiki tiga beranak selepas melanggar sebuah lori yang mengundur.

SABAK BERNAM – Malang menimpa kepada tiga beranak apabila seorang daripadanya parahnya apabila kenderaan dinaiki melanggar sebuah lori yang mengundur dalam kejadian Jalan Kampung Teluk Ru, Sungai Air Tawar di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang yang parah merupakan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Sementara, ibu dan adik perempuan mangsa masing-masing berusia 24 dan dua tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila tiga beranak itu yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan ke Bandar Nakhoda Omar dari Sungai Lang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian seorang pekerja lelaki kedai cuci kereta berusia 22 tahun telah mengundurkan sebuah lori yang baharu selesai dicuci sehingga terlajak melepasi jalan utama.

“Ibu mangsa yang memandu Proton Wira itu tidak sempat mengelak melanggar belakang lori tersebut.

“Kejadian itu mengakibatkan kanak-kanak lelaki yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah di kepala dan patah tangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, kanak-kanak lelaki telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang manakala ibu dan adik mangsa yang cedera ringan dirujuk ke Hospital Sabak Bernam.

Jelas Agus Salim, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI