fbpx

Covid-19 kurangkan aktiviti pemburuan haram badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVITI pemburuan badak Afrika secara haram berkurangan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia. - Gambar hiasan

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan positif ke atas pemburuan badak di Afrika yang semakin berkurangan.

Badak antara haiwan yang semakin pupus disebabkan aktiviti pemburuan haram.

Namun, sepanjang perintah berkurung akibat Covid-19 telah menurunkan kadar pembunuhan badak hingga 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Aktiviti pemburuan haram haiwan tersebut menurun kerana tiada penerbangan antarabangsa disebabkan sempadan negara ditutup.

Menteri Alam Sekitar, Perhutanan dan Perikanan Afrika Selatan, Barbara Creecy berkata, sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, hanya 166 ekor badak diburu di Afrika Selatan.

Katanya, pada tahun sebelumnya, lebih 316 ekor badak diburu sepanjang tempoh sama. Ia menurun 53 peratus.

“Kami berjaya mengurangkan aktiviti pemburuan haram badak pada tahun ini,” katanya.

Pemburuan haram badak di Afrika berlaku disebabkan permintaan tinggi terhadap tanduk haiwan itu di Asia.

Sebahagian besar permintaan tanduk badak datangnya dari China dan Vietnam yang menjadikannya sebagai ubat tradisional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI